FATTAH AMIN | UPDATE | TERKINI |
BM.
Fattah Amin (lahir Abdul Fattah Bin Mohd Amin, 14 September 1990) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai finalis Hero Remaja 2011/2012 dan menerusi peranan sebagai watak utama sebagai dalam drama Playboy Itu Suami Aku sebagai Raja Adrian Benjamin. Beliau juga dikenali menerusi watak Inspektor Haikal dalam Gerak Khas, Kapten Ejaz Fakhri dalam Suri Hati Mr. Pilot dan Tengku Ian Uzzam dalam Hero Seorang Cinderella.
Fattah Amin dilahirkan pada hari Jumaat, 14 September 1990 Masihi bersamaan 24 Safar 1411 Hijrah dan dibesarkan di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Beliau mendapat pendidikan awal di SMK Desa Tun Hussein Onn seterusnya di Universiti Teknologi MARA dan Universiti Utara Malaysia ijazah dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif. Beliau merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Antara adik beliau ialah Farhana dan Farhan. Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan kafe dan gimnasium,yang terletak di Kota Damansara.
Playlist : Fattah Amin Video Update Terkini Mengenai Fattah
Reviewed by muhaza
on
December 23, 2017
Rating:
Reviewed by muhaza
on
December 23, 2017
Rating:


No comments: