Playlist | Upin & Ipin | Animasi |
Upin & Ipin (juga dikenali sebagai Upin & Ipin dan Kawan-Kawan) ialah sebuah siri animasi tayangan singkat Malaysia yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque, dan juga nama bagi dua watak utama siri ini. Upin & Ipin merupakan keluaran sampingan bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula yang juga menampilkan watak utama siri animasi tersebut.
Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 di TV9 (Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kini menjangkaui lima musim dan tidak terhad pada televisyen, bahkan juga dalam bentuk DVD dan penstriman video melalui Internet. Upin & Ipin juga berjaya dipasarkan di luar negara, khususnya negara jiran Indonesia.
Atas kejayaan menambat hati penonton serantau, Upin & Ipin disenaraikan dalam Malaysian Book of Records sebagai "Animasi Paling Berjaya" pada tahun 2011.
Playlist : Upin & Ipin Koleksi Animasi
Reviewed by muhaza
on
December 22, 2017
Rating:
Reviewed by muhaza
on
December 22, 2017
Rating:


No comments: